Saturday 14 December 2013

Pengalaman mula berniaga online

Assalamualaikum..

Hari nie cuma nak share-share cerita je.. mengenai pengalaman saya berniaga secara online incude (ceeh) apa yang saya jual dan macam mana saya start berbisness nih.

Mula-mula saya cuma searching-searching besa ja... di facebook la.. terjumpa sorang akak ni dia menjual carters rompers 5in1 secara borong. Tingg keluar idea "eh, boleh jugak aku jual nih, kawan-kawan pun macam ramai je dah kawen and ada anak". Tunggu husband balik keja. Malam tu jugak suarakan permintaan hati. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, husband setuju. hihi.. disumbangkan modal (nanti entry len eh). 2 minggu baru barang sampai.. akak tu dia bukak pre-order tiap2 bulan, awai bulan baru amik stock and post.

Iyee semua carters rompers sahaja.. saya start promote yang tu dekat wall facebook saya.. seminggu jugak saya terpikir, macam kena tambah barang lain je nih. saya start search. then saya jumpa lagi orang yang jual barang-barang baby. saya cari yang jual borong la, kalau beli satu2 memang mahal la... kita nak berniaga kena amik borong, murah sikit. Saya ni suka servey harga. bila dapat yang betul2 murah baru saya start order.



6 pek carters romper (gurl)

4 pek carters rompers (boy)

Dan barang kedua saya ialah busha. Alaa yang seluar kartun comel tuu.. saya order yang itu. Bila barang dah sampai saya promote yang tu jugak. Sebenarnya saya juga ambil dropship. yee jadi orang tengah yang amik-amik order tapi barang orang lain uruskan.

Busha

saya jadi dropship barang menan kanak-kanak antaranya pool, 3 swide 1 slide. nak dijadikan cerita, ada sorang nii pm saya di facebook, dia nak beli barang yang saya dropship la..so urus-urus amik untung sikit dapat la rm7+. itulah untung pertama saya sebagai dropship. eh bukan barang sendiri? belom..  saya promote lagi.. rasanya sampai orang pun dah nek meluat ngan saya. huhu... mohon jangan block kami ye..=( sorang bekas kawan seofis dengan husband saya request husband saya bawak stock busha ke ofis. dah janji dia nak mai hari apa. Bila bawak, dia tak jadi mai tapi orang lain pulak yang membeli.. hihi rezeki kan? kakxx sempat grab 2 helai busha untuk anak dia dan sehelai lagi akak dia grab. tak jangka bawa untuk orang lain, orang lain yang berkenan. hihi... sebelum ni dia tengok gambo je kat facebook. tapi bila tengok depan mata, jadi puas kot kan.

Dicampurkan dengan untung jadi dropship dengan jual barang sendiri, dapat la rm9+ untung selama 2 minggu berniaga secara online. Ha itulah alkisahnya.... eh ada jugak entry untuk berniaga offline. ha..kena baca tau... saya cuma share-share je pengalaman saya.. detik-detik saya mula berkecimpung dalam dunia niaga kecik-kecik nih.. dari tak buat apa, menghabiskan boras aje(ayat sentap) baik kita buat sesuatu kan.


itu sahaja.
Thanks!

1 comment:

  1. cutelah perniagaan akak ni haha...well semoga sukses dan yangpenting bahagia selalu ...silalah ke blog saya jika sudi www.rayflexs.blogspot.com

    ReplyDelete