Sunday 15 December 2013

Pengalaman Hari Pertama Berniaga (gerai)

Assalamualaikum kawan-kawan.. Sebenarnya post ni untuk weekend tapi terlambat post.. hehe.. xpela kan, sesapa yangtengah morning blues tu boleh kasi open sikit minda baca kisah kami.. =)

Aktiviti hujung minggu saya ialah berniaga. Hah? berniaga apa? ofcoz la dah tau kan..tapi bagi yang belom tau lagi, kami berniaga carters rompers, busha, toto baby, toto narita & beg deuter. Ni ja lah barang yang baru kami mulakan. Ye la nak berniaga perlukan modal ya tak? tapi bukan nak cerita pasal tu kat sini, yang tu lain entry keh.

kami husband&wife baru je sebulan berniaga nih. starting ngan online ler. tapi cam boring lak sebabnya asyik ngadap je komputer nih. sampai berbinau biji mata. huhu. so kami pun bercadang nak berniaga di pasar pagi dihari sabtu. husband keja, so sabtu ahad jela boleh dia teman kan. kalu saya sorang, huh jangan harap la. sapa nak jaga si dak Amsyar tu? Ala...hari sabtu tak ramai orang berniaga kat situ...banyak hari jumaat, dengar kata sampai penuh jalan. nak join tapi apakan daya, hari jumaat husband koje. Redha ja la hari sabtu pun.1 hari je, ahad, dia kata nak rest. nak balik kg ka, kenduri ka..gituww

Bangun subuh, eksaited cek ni bangun awal kemas-kemas barang. Pukul 7 husband pi usha tempat dulu. Then brekfast la takot satgi lapo pulak. Sebenarnya bangun-bangun je dah berbunyik perut ni. Haha. Dak Amsyar tengah syok tido, kena gerak. sebenarnya masa tukarkan pampers dia dah terjaga.. kebetulan tido malam tu dia pakai busha. so bawak je la tanpa tukar baju n seluar. cehh konon dia la model ibu. kiki.

Sampai je, eh ada berapa gerai je nih. La..ada 1 je? kalu belah depan, ada gak tpi xde kosong..so kami terpaksa bukak dekat simpang tp tengah-tengah cikit.
Sebelah gerai kami ada la kakak nih, ngan husband dia..diorang jual baju macam blouse, jubah..akak ni dah lama berniaga & dia pun dah ada customer tetap. rezeki dia la kan? sebelah kanan plak ada pakcik lori tu, dia berniaga kain-kain ela, nak buat langsir, kain tudung kereta dan macam-macam lagi lah.

Hari 1st kami berniaga, hanya bermodalkan cehhh...hihi..rompers and busha sajo.. baruu lagik..busha sehelai gantung guna hanger, letak dekat sisi payung. sebelah lagi gantung rompers. yela nak gtau yang kami ni berniaga barang baby. Actually kami belom ada cukup kelengkapan lagi. yang ada cuma payung berniaga yang kecik tu and meja petak..itupun husband punya dulu sebab dia pun pernah jugak berniaga tapi berniaga makanan iaitu tomyam. eh, maybe dia da ceritakan kt blog dia, kalau nak tau kena baca blog dia..hehe di sini http://sha-q.blogspot.com/
Berbalik pada cerita tadi, ha hanya itulah ada, kerusi pun takdo.. berdiri la kami..huhu sedih kan? kejap berdiri kejap bertinggung. Orang yang lalu pun sikit je...yang lalu tu pun nek moto, nak g kedai beli lauk nak masak tengahri. Eh, ada jugak kedai roti canai, nasi lemak kt situ..so orang lalu depan gerai kami.

Lama jugak tunggu, sembang-sembang kami lakibini. tengok ragam dak Amsyar, tegur akak sebelah tetiba ada sorang akak ni berhenti motor dia depan gerai kami. Agaknya dia tertarik dengan busha yang tergantung di payung. dia belek-belek. Husband pun cakap "sehelai lapan ringgit kak" akak tu belek lagi. ada la beberapa helai busha atas meja. banyak design. "2helai lima belas ringgit je kak" husband cakap lagi. eh akak tu macam minat je. saya pun tanya berapa bulan umur baby akak tu, dia cakap lapan bulan. so bagi saiz 80cm la. dia pilih pilih and ambil la 2 helai design. "Terima kasih kak..jual yer"...kata kami...wahh gembira tak sangka. hehe...

Alhamdulillah...ada jugak rezeki pertama.

kami tunggu sampai pukul 11pg je, takleh lama-lama, dengan dak Amsyar ni dok merengek nak jalan-jalan..hisss memang dugaan betoi la bawa anak kecik ni. kemas-kemas terus balik. jadi itulah rezeki kami untuk di hari pertama membuka gerai dipasar hari. Syukur Alhamdulillah...

ha..itu jela nak cerita.. bes tak? ada lagi kisah pas ni... kena tunggu lerr.. nak cita pengalaman kami berbisness jew.. boleh dijadikan kisah and panduan ye dak?


thanks sudi baca!

No comments:

Post a Comment