Thursday 26 December 2013

Toto Narita Kembali

Assalamualaikum... gempak x tajuk? hihi.... cam goreng pisang panas nih..
baru amik stock, tup tup da abis. ramai customer yang tiba-tiba call/msg nak toto urgent katanya. haish! terkejar-kejar kami COD. hihi..
so dah abis, si suami mula mencari & menambah stock baru. yeahh kali nie lagi banyak, design pun lagi pelbagai. jom tengok....

A

B

C

D-(available 2)

E-SOLD

F

G

H-SOLD

I

J(available 2)

K



Ha..banyakkan?hihi..

Price
RM60 (exclude postage)


Berminat nak beli boleh sms di 0124021246(shafiqah) ataupun bole ke page fb kami.. link di tepi ya!
ataupun yang berada berdekatan dengan kami iaitu kulim,seberangjaya,sg.petani dll bole COD yer..

happy shopping, thanks!

Wednesday 18 December 2013

Carter's Pant

Assalamualaikum cute mommy ! hihi

Mommy-mommy yang tengah baca ni suka kan benda2 cute nih? segala-gala yang cute nih mesti suka kan? suka la tuu.. hihi..

ok..kami ngaku kami pun suka. haha. Ni Carters Pant..ohww super cute. jadi sawan kami bila tengok barang sampai.. dak amsyar tu apatah lagi..tp sayang dia xleh grab seluar free sebab ibu x amik saiz dia..huwaa.. sian.

Jom tengok apa yang comelnya...


SOLD









Ha..kan da kata kan? nak beli kan? jom tengok harga kami bagi..

Price
Sehelai RM12
1pek (5helai) RM50

postage RM6

If berminat boleh sms kami terus di 0124021246(shafiqah) ataupun komen/pm kami di fb.
senang kan?


Happy Shoppping,
Thanks!

Tuesday 17 December 2013

Bagaimana Nak Order Kalau Ada yang Berkenan?


Assalamualaikum...

Tengok tajuk pun dah tau kan? ngeee
Mestila ada yang tertanya-tanya kan camna nak order ya? tengok-tengok gambar macam berkenan je, macam nak beli ja kan?

Senang je... begini caranya.

Belek-belek gambar..tengok kod.. then boleh sms saya di

012-4021246 (SHAFIQAH)

Sekali dengan detail information seperti:

Kod item:
Nama penerima:
Alamat penerima:
Ucapan (jika ada if hadiahkan kat orang):
No telefon:

Nak senang yang ada fb, boleh terus ke

IQsha BabyHouse (untuk barang baby)
atau
IQsha Toto&Deuter Bag (untuk toto & beg deuter)

then pm saya. saya akan respon serta merta.

Senang kan?

Selamat Bershopping!

Thanks!

Tambah stock

Assalamualaikum..

Ha..da baca post yang sebelom ni kan? tak cukup kan kalu nak berniaga tapi cuma bergantung harap pada satu, dua barang je? sebenarnya kita kena pelbagaikan baru customer ada banyak pilihan.. eh saya nyer minat barang baby je..tapi husband ni haa nak menambah barang lain sebagai sampingan. turutkan je la... modalnya dia la..kikiki.

Ha, bincang-bincang, servey-servey akhirnya kami dapat kata sepakat untuk tambah toto dan beg deuter. susah cari kan? kalu ada pun mesti mahal. Minggu tu kebetulan kami balik kampung di Pendang. Hari sabtu pagi-pagi kami dah bertolak ke Wang Kelian. Smpai ke sana? yela... kat situ la orang selalu beli toto, periuk belanga dan macam-macam lagi.  Huii..penatnye nak sampai..jalan lengkang lengkuk macam nak g Cameroon Highland nuh.. Nasib kami takde pening2..huh... dalam pukul 9 gitu kami sampai. rupanya ada lagi orang yang sampai awai..eh pukul berapa uuols bertolak? dah parking depan takde, redho je la parking tengah-tengah. kena jalan masuk lagi. jauh benor.. wahh jenuh la nak hangkut kalu barang banyak..kami xpe.. redho dukung anak lagi. kiki..

Jalan dari 1 gerai ke 1 gerai. servey-servey harga toto narita..yang sesi pujuk memujuk pun ada..nak dapat harga murah sikit la.. hiss susah hooii.. ada yang siap sumpah lagi kata untung diorang sikit aje.. kita nak beli banyak, mesti nak yang murah an? akhirnya dapat jugak kami membeli.. dicampur dengan toto baby lagi.. kena la beli siap-siap. Bukan senang nak pii jauhh..

Tapi malangnya takde beg deuter disitu. terpaksa la kami terjah Padang Besar pulak. Ha dari Wang Kelian ke Padang Besar tak jauh mana dah.. Ada la dalam 10-15 minit.  Memang tau dah kt situ ada. saja nak tengok kt Wang Kelian sebab tak pernah pi lagi..

Dah cukup, boleh balik...haii kalu dah pi takkan beli itu aje? mestila ada benda sampingan kan? sempat lagi grab asam-asam nih.. xde gambo nak tunjuk. len kali ye kami update gambo asam yang kami beli. mesti beli punya asam nii 3 rm10. hihi


Stock pertama toto narita--sekarang tinggal 3 je.

stock pertama toto baby

stock pertama beg deuter--beg ni pun 2 dah dibooking


Itu saja lah nak kongsi..korang kalu nak beli toto atau beg deuter, bole la beli kat kami yer.... kami nak menyenangkan je... susah kan nak g sana? dari nak terjah jem, panas, jauh, tol, minyak, makan lagi..waahh!, ha order je kat kami. dalam 2,3 hari dah sampai... mudahnya, bankin duet tunggu je barang sampai. xpayah ponat2 kan? Nak order bole sms kami di 0124021246.


thanks sudi baca!

Gelagat Anak Teruna

Assalamualaikum..


hehehe.... nak tempek gambo dak nih sajo...xperlu kata apa-apa.. =)












Nak lipat baju jugak ! rajen betoi kan? =)
itu sajo...hihi

thanks!

Dak Amsyar vs Bulu Ayam

Assalamualaikum..

Entry ni khas untuk UMIE SUE 1st Giveaway hehe..
Daa lama teringin nak join GA nih tapi tak kesempaian  sebab takde blog, sekarang je baru ada..kiki..


TEMA : ANAK MENGEMAS RUMAH

Dak Amsyar nih memang takleh berpisah ngan bulu ayam. eh? apa ke peliknya nih? dulu masa pregnant takde plak suka main-main bulu ayam nih. taktau kenapa dak ni suka benor ngan peralatan nan satu ni. Nampak je mesti nak. Sorok la macam mana pun mesti dia akan cari dan mintak jugak-jugak. Dapat je bukan main seronok lagi, gabus sana-sini..'PENGEMAS jugak anak teruna aku ni'..bisik hati ibu.Harap-harap bila besar nanti, suka ngemas la nak yer...tapi janganla jadi auuuw plak. isk! mintak simpang ler. (sambil tampo mulut)



ni dia buktinya =)


Itu saja..
Thanks kak sue sebab buat GA macam nih. Boleh gak join..kiki..

Sunday 15 December 2013

Pengalaman Hari Pertama Berniaga (gerai)

Assalamualaikum kawan-kawan.. Sebenarnya post ni untuk weekend tapi terlambat post.. hehe.. xpela kan, sesapa yangtengah morning blues tu boleh kasi open sikit minda baca kisah kami.. =)

Aktiviti hujung minggu saya ialah berniaga. Hah? berniaga apa? ofcoz la dah tau kan..tapi bagi yang belom tau lagi, kami berniaga carters rompers, busha, toto baby, toto narita & beg deuter. Ni ja lah barang yang baru kami mulakan. Ye la nak berniaga perlukan modal ya tak? tapi bukan nak cerita pasal tu kat sini, yang tu lain entry keh.

kami husband&wife baru je sebulan berniaga nih. starting ngan online ler. tapi cam boring lak sebabnya asyik ngadap je komputer nih. sampai berbinau biji mata. huhu. so kami pun bercadang nak berniaga di pasar pagi dihari sabtu. husband keja, so sabtu ahad jela boleh dia teman kan. kalu saya sorang, huh jangan harap la. sapa nak jaga si dak Amsyar tu? Ala...hari sabtu tak ramai orang berniaga kat situ...banyak hari jumaat, dengar kata sampai penuh jalan. nak join tapi apakan daya, hari jumaat husband koje. Redha ja la hari sabtu pun.1 hari je, ahad, dia kata nak rest. nak balik kg ka, kenduri ka..gituww

Bangun subuh, eksaited cek ni bangun awal kemas-kemas barang. Pukul 7 husband pi usha tempat dulu. Then brekfast la takot satgi lapo pulak. Sebenarnya bangun-bangun je dah berbunyik perut ni. Haha. Dak Amsyar tengah syok tido, kena gerak. sebenarnya masa tukarkan pampers dia dah terjaga.. kebetulan tido malam tu dia pakai busha. so bawak je la tanpa tukar baju n seluar. cehh konon dia la model ibu. kiki.

Sampai je, eh ada berapa gerai je nih. La..ada 1 je? kalu belah depan, ada gak tpi xde kosong..so kami terpaksa bukak dekat simpang tp tengah-tengah cikit.
Sebelah gerai kami ada la kakak nih, ngan husband dia..diorang jual baju macam blouse, jubah..akak ni dah lama berniaga & dia pun dah ada customer tetap. rezeki dia la kan? sebelah kanan plak ada pakcik lori tu, dia berniaga kain-kain ela, nak buat langsir, kain tudung kereta dan macam-macam lagi lah.

Hari 1st kami berniaga, hanya bermodalkan cehhh...hihi..rompers and busha sajo.. baruu lagik..busha sehelai gantung guna hanger, letak dekat sisi payung. sebelah lagi gantung rompers. yela nak gtau yang kami ni berniaga barang baby. Actually kami belom ada cukup kelengkapan lagi. yang ada cuma payung berniaga yang kecik tu and meja petak..itupun husband punya dulu sebab dia pun pernah jugak berniaga tapi berniaga makanan iaitu tomyam. eh, maybe dia da ceritakan kt blog dia, kalau nak tau kena baca blog dia..hehe di sini http://sha-q.blogspot.com/
Berbalik pada cerita tadi, ha hanya itulah ada, kerusi pun takdo.. berdiri la kami..huhu sedih kan? kejap berdiri kejap bertinggung. Orang yang lalu pun sikit je...yang lalu tu pun nek moto, nak g kedai beli lauk nak masak tengahri. Eh, ada jugak kedai roti canai, nasi lemak kt situ..so orang lalu depan gerai kami.

Lama jugak tunggu, sembang-sembang kami lakibini. tengok ragam dak Amsyar, tegur akak sebelah tetiba ada sorang akak ni berhenti motor dia depan gerai kami. Agaknya dia tertarik dengan busha yang tergantung di payung. dia belek-belek. Husband pun cakap "sehelai lapan ringgit kak" akak tu belek lagi. ada la beberapa helai busha atas meja. banyak design. "2helai lima belas ringgit je kak" husband cakap lagi. eh akak tu macam minat je. saya pun tanya berapa bulan umur baby akak tu, dia cakap lapan bulan. so bagi saiz 80cm la. dia pilih pilih and ambil la 2 helai design. "Terima kasih kak..jual yer"...kata kami...wahh gembira tak sangka. hehe...

Alhamdulillah...ada jugak rezeki pertama.

kami tunggu sampai pukul 11pg je, takleh lama-lama, dengan dak Amsyar ni dok merengek nak jalan-jalan..hisss memang dugaan betoi la bawa anak kecik ni. kemas-kemas terus balik. jadi itulah rezeki kami untuk di hari pertama membuka gerai dipasar hari. Syukur Alhamdulillah...

ha..itu jela nak cerita.. bes tak? ada lagi kisah pas ni... kena tunggu lerr.. nak cita pengalaman kami berbisness jew.. boleh dijadikan kisah and panduan ye dak?


thanks sudi baca!

Saturday 14 December 2013

Seluar Tidur Belang-Belang (SOLD OUT)

Assalamualaikum..

Update barang lagi.
Kali nie seluar tidur plak. Anak-anak yang semakin membesar ni semakin lasak bukan? kadang seluar tu kejap je dah kotor. yang meniarap, merangkap, tang lutut tu mesti kehitaman. yang pandai nak makan sendiri plak suap makan ada yang tak masuk mulut, kena seluar..haisy kena tukar laie..hoho

kami berkenan seluar nie sebab warna dia ceria-ceria dan nampak menarik la. so saya nak kongsi dengan ibu-ibu diluar. meh tengok.





Comey dak? kan da cakap.... ha berkenan? jom beli...murah je nii... beli banyak lagi kami bagi murah..=)

Price
RM 6, sehelai
RM 10, 2 helai


Nak order boleh sms saya di 0124021246. Terus ke fanpage fb kami pun boleh. pm kt sana. kami akan reply cepat-cepat.


Thanks!

Pengalaman mula berniaga online

Assalamualaikum..

Hari nie cuma nak share-share cerita je.. mengenai pengalaman saya berniaga secara online incude (ceeh) apa yang saya jual dan macam mana saya start berbisness nih.

Mula-mula saya cuma searching-searching besa ja... di facebook la.. terjumpa sorang akak ni dia menjual carters rompers 5in1 secara borong. Tingg keluar idea "eh, boleh jugak aku jual nih, kawan-kawan pun macam ramai je dah kawen and ada anak". Tunggu husband balik keja. Malam tu jugak suarakan permintaan hati. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, husband setuju. hihi.. disumbangkan modal (nanti entry len eh). 2 minggu baru barang sampai.. akak tu dia bukak pre-order tiap2 bulan, awai bulan baru amik stock and post.

Iyee semua carters rompers sahaja.. saya start promote yang tu dekat wall facebook saya.. seminggu jugak saya terpikir, macam kena tambah barang lain je nih. saya start search. then saya jumpa lagi orang yang jual barang-barang baby. saya cari yang jual borong la, kalau beli satu2 memang mahal la... kita nak berniaga kena amik borong, murah sikit. Saya ni suka servey harga. bila dapat yang betul2 murah baru saya start order.



6 pek carters romper (gurl)

4 pek carters rompers (boy)

Dan barang kedua saya ialah busha. Alaa yang seluar kartun comel tuu.. saya order yang itu. Bila barang dah sampai saya promote yang tu jugak. Sebenarnya saya juga ambil dropship. yee jadi orang tengah yang amik-amik order tapi barang orang lain uruskan.

Busha

saya jadi dropship barang menan kanak-kanak antaranya pool, 3 swide 1 slide. nak dijadikan cerita, ada sorang nii pm saya di facebook, dia nak beli barang yang saya dropship la..so urus-urus amik untung sikit dapat la rm7+. itulah untung pertama saya sebagai dropship. eh bukan barang sendiri? belom..  saya promote lagi.. rasanya sampai orang pun dah nek meluat ngan saya. huhu... mohon jangan block kami ye..=( sorang bekas kawan seofis dengan husband saya request husband saya bawak stock busha ke ofis. dah janji dia nak mai hari apa. Bila bawak, dia tak jadi mai tapi orang lain pulak yang membeli.. hihi rezeki kan? kakxx sempat grab 2 helai busha untuk anak dia dan sehelai lagi akak dia grab. tak jangka bawa untuk orang lain, orang lain yang berkenan. hihi... sebelum ni dia tengok gambo je kat facebook. tapi bila tengok depan mata, jadi puas kot kan.

Dicampurkan dengan untung jadi dropship dengan jual barang sendiri, dapat la rm9+ untung selama 2 minggu berniaga secara online. Ha itulah alkisahnya.... eh ada jugak entry untuk berniaga offline. ha..kena baca tau... saya cuma share-share je pengalaman saya.. detik-detik saya mula berkecimpung dalam dunia niaga kecik-kecik nih.. dari tak buat apa, menghabiskan boras aje(ayat sentap) baik kita buat sesuatu kan.


itu sahaja.
Thanks!

Sunday 8 December 2013

Beg Deuter

Assalamualaikum daddy-daddy sekalian. Eh daddy je?mommy takde ke? Heeee....

Asal eh? Bukan....sebenarnya post nie dikhaskan untuk kaum adam. Pulak... tolong jangan sentapp yer.Ehee... Beg deuter ni memang digemari oleh kaum adam. yela nak gi hiking, travel, naik gung ke, bukit ke senang...sumbat je apa yang patut dan galas. Ha..jangan risau, kaum hawa pun sesuai gak bawa. Saya pun ada la sesekali di'paksa' galas. oohh beg berat tu sumbat macam-macam nak galas plak. Tapi ok je...Baik lelaki atau perempuan, sesuai untuk semua.

So hari nie nak update item laggii... Beg Deuter yer. Originalnya dari German tapi mahai lohh.. Ni dipacking dari Vietnam. Harganya lebih murah tapi berkualiti. Sekali sekala nak g travel-travel ni dah le keluar modal beriban, nak beli beg pun beratus? adoii jangan...disini kami bagi harga yang berpatutan. Yang penting berkualiti.


                    TRANS ALPINE 40L- SOLD

TRANS ALPINE 40L-SOLD

ACZERO 40+10L-SOLD

ACZERO 40+10L

MARVEL 60L 

Macam berminat je? jom order...

Harga berbeza mengikut size

40L
Price RM80

50L
Price RM100

60L
Price RM120

postage RM10

If ada berkenan di hati boleh terus sms saya di 0124021246 (shafiqah). Nak tanya pun boleh. saya akan menjawab dengan mesra. =).Kalau nak tengok direct dalam fb pun boleh.

Sms saya detail
Jenis & warna:
Nama:
Alamat:
no.phone:

Selamat bershopping =)

Toto Dewasa (Narita) (SOLD OUT)

Assalamualaikum mom & daddy! hai....selamat berholiday di hari minggu...

Saja nak share item yang kami jual.
Ni dia toto. Ye..toto amat-amatlah berguna untuk dibentang kepada tetamu. Sapa-sapa yang tiada bilik tetamu ke ramai sedara yang datang, memang perlulah toto nih.
Susah nak cari kan? Kalu kat shopping complex mahai kan & berjenama gitu... kami jual untuk golongan yang bersederhana.
Murah-murah je.... jom tengok!

Pink + Love =Romantiss sangat

Red

SOLD

SOLD

SOLD

Ada renda--untuk kod F (Special)

Green House


Size 74"x90" (king size)

1pcs RM 60

postage RM10

If ada berkenan di hati boleh terus sms saya di 0124021246 (shafiqah). Nak tanya pun boleh. saya akan menjawab dengan mesra. =).Kalau nak tengok direct dalam fb pun boleh.

Sms saya detail
Kod:
Nama:
Alamat:
no.phone:

Selamat bershopping =)

Thursday 5 December 2013

Model saya

Assalamualaikum mommy! Happy jumaat! of coz happy kan sebab pada mommy yang bekerja, lega dua hari cuti... yeaah!

Nii saja nak share model kecik kami. Dak Amsyar la... sapa lagi kan. Kalu pasni ada jual dress. ops takkan nak bagi dak amsyar pakai kot? heeee....adik baby la.....(ntah bila..InsyaAllah)
Selama ibu berniaga nih, dak Amsyar dah grab 3 helai rompers free and 2 busha..Aippp cane nak untung? takpe la.....ibu redha demimu nak...ehiii...
Jom layan picture budak nih.

Ni romper size 6m. ohh celus jugak.

Ni dengan busha.

Bersama bff. kuda ni tok ayah yang beli. cantik x?

Romper+busha=comelnya! (ok jom beli)




Comel kan?puji anak sendiri nampak. Bukan lerr gitu...semua anak-anak baby-baby comel....kan kejadian Allah...Haruslah puji kan. Tengok macam minat je tengok dak Amsyar pakai. Ha apa lagi..bole order... mari-mari....


Thanks!Sudi Baca!

Toto Baby (SOLD OUT)

Assalamualaikum mommy-mommy gojes!

Ni nak offer toto baby pulak. Haiss susah nak cari kan? Tambahan ada anak kecik sekarang macam susah je nak bawa mana-mana.Eh kenapa? Yela nak kena hangkut segala tilam la..kan susah. Jangan risau, dengan toto baby mommy semua senang je. beli, spare dalam kereta. Singgah rumah kawan ke, sedara ke terus zapp sambar dengan toto sekali. Tak payah nak susahkan tuan rumah. Gituu... Mai mai tengok...cantik nii.


SOLD

Book

SOLD


SOLD

SOLD

SOLD

SOLD



1pcs RM 23
2pcs RM 45

postage RM10

If ada berkenan di hati boleh terus sms saya di 0124021246 (shafiqah). Nak tanya pun boleh. saya akan menjawab dengan mesra. =).Kalau nak tengok direct dalam fb pun boleh.

Sms saya detail
Kod:
Nama:
Alamat:
no.phone:

Selamat bershopping =)